Anak-anak yang tidak mendapat cukup tidur, berdasarkan sebuah kajian baru, mungkin akan lebih tergoda oleh makanan ringan kegemaran mereka.
Menurut laporan para penyelidik dalam International Journal of Obesity, anak lima tahun yang tidur kurang dari 11 jam setiap malam dilaporkan lebih bersemangat makan semasa melihat atau mengingat makanan ringan kegemaran mereka, berbanding dengan anak yang tidur lebih lama.
Anak-anak yang tidur kurang dari 11 jam di malam hari juga mempunyai indeks masa tubuh (ukuran berat yang dibandingkan dengan tinggi badan) lebih tinggi, berbanding dengan kanak-kanak yang tidur selama 11 jam atau lebih.
"Ini tentu merupakan kebimbangan. Memandangkan kita hidup dalam persekitaran moden yang 'obesogenic' (cenderung mengakibatkan obesiti), di mana makanan lazat berkalori tinggi didapati secara meluas dan
murah dimakan. "
McDonald berkata, kajian sebelum ini mendedahkan, tidur terlalu sedikit secara signifikan meningkatkan kemungkinan seorang anak kelebihan berat badan atau obesiti. Namun, belum banyak diketahui bagaimana tidur mempengaruhi pengambilan kalori harian.
Kajian baru ini melibatkan 1,008 kanak-kanak berusia lima tahun yang dilahirkan pada 2007 di England dan Wales. Para penyelidik meminta para ibu menjawab soal selidik mengenai respons anak mereka terhadap isyarat makanan dan perilaku terhadap makanan ketika dianggarkan kenyang, secepat mungkin selepas anak makan.
Tempoh tidur rata-rata kanak-kanak dalam kajian ini adalah 11,48 jam. Di antara anak-anak yang tidur kurang dari 11 jam setiap malam, tahap responsif makanan mereka adalah 2,53 pada skala satu hingga lima, dibadingkan 2,36 pada anak yang tidur 11 hingga 12 jam, dan 2,35 pada anak yang tidur malam sekurang-kurangnya selama 12 jam.
"Pada masa ini sudah ada kumpulan bukti pada anak-anak dan orang dewasa yang menunjukkan bahawa tidur singkat atau tidur tidak cukup boleh meningkatkan 'makan yang digerakkan oleh ganjaran' (hedonisme)," kata Laura McDonald, penyelidik yang juga penulis utama kajian dari Universiti College London.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan