SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Khamis, 6 Mac 2014

KOREA UTARA DAN PEMBANGKANG MALAYSIA

Korea News Agency (dipetik dari Berita Harian) melapurkan Presiden Korea Utara, Kim Jong Il melantik 6 orang dari kalangan inner circle nya sebagai Jeneral dalam Tentera Rakyat Korea Utara.  Termasuk di kalangan yang dinaikkan pangkat itu ialah anak ketiganya, Kim Jong Un dan adik perempuannya Kim Kyong Hui.



Perlantikan Kim Jong Un adalah petanda jelas bahawa tampuk pemerintahan Korea Utara pasca Kim Jong Il bakal diwarisi oleh anak lelaki ketiganya itu.  Perlantikan adik perempuannya pula ada kaitan dengan memastikan jaminan bahawa anak akan dilantik presiden jika Kim Jong Il meninggal dunia sementara menunggu anaknya bersedia untuk menjadi pemerintah Korea Utara yang baru.

Walaupun  Korea Utara secara harfiahnya bukanlah sebuah Negara dengan sistem monarki, tetapi pemimpin dan rakyat Negara tersebut boleh menerima sistem peralihan kuasa dari bapak ke anak ini.  Sekian lama rakyat Korea Utara telah di doktrin agar menghormati dan mentaati Presiden mereka lebih daripada Tuhan, maka itu mereka menerima saja apa bentuk keputusan yang dibuat pemimpin.

Rutin rakyat Korea Utara, bangun pagi sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu, sebelum tidur sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu bahkan bila mata celik semula selepas sembuh dari katarak pun (National Geographic), yang pertama diucapkan terima kasih dan syukur adalah depan gambar Jong Il dan bapanya juga, begitulah taksubnya.

Di Malaysia, ditakuti kita juga sedang menuju kearah itu.  Hari ini semua penganut pembangkang didoktrin dan dididik untuk mentaati pemimpin lebih dari yang lain cuma mungkin belum ke tahap dewa hidup atau membina patung dari gangsa dan sebagainya.  Oleh itu, kejahilan ahli mereka ini diambil kesempatan oleh pemimpin parti pembangkang dengan menamakan kaum keluarga masing-masing sebagai Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden, calon ADUN, ahli Majlis dan sebagainya secara terus terang tanpa berselindung dari apa lagi.



Malah keberanian itu kini bukan terbatas setakat ahli keluarga saja, malah ada yang turut menamakan dan mengisytiharkan sokongan untuk pengikut yang paling taat setia (termasuk menyerahkan isteri sendiri untujk dilahap boss) ke jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang mereka wakili.

Jika beginilah halnya  ini kah masa depan Malaysia yang kita semua mahu wariskan kepada generasi anda akan datang?  Jangan kerana terlalu terikut emosi yang terhasil daripada propaganda pembangkang yang terlalu membenci kerajaan, maka anda menjerumuskan Negara anda kearah pemerintahan ala-ala totalitarian.

Berbeza dengan Korea Utara yang memang zaman berzaman telah terbiasa dengan pemerintahan cara totalitarian ini, kita disini tidak begitu.  Walaupun Perdana Menteri hari ini adalah anak kepada bekas Perdana Menteri kedua, ia adalah satu kebetulan kerana tidak tercatit mana-mana di dalam sejarah bahawa Allahyarham Tun Razak ada mewasiatkan agar anaknya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada satu hari nanti.  Pilihan itu masih lagi di tangan rakyat, rakyatlah yang mempunyai kuasa untuk memilih sesiapa saja sebagai pemimpin baik atas kapasiti sebagai ahli parti mahupun sebagai pengundi.  Malah Datuk Seri Najib sendiri pernah hampir ditewaskan dalam pilihanraya umum 1999 apabila hanya menang dengan majority 241 undi berhadapan dengan calon PAS di Pekan – bermaksud rakyat tidak terikat dengan legasi terdahulunya.

Oleh itu, ia menimbulkan persoalan, sampai bila corak pemerintahan totalitarian ini akan bertahan tanpa menimbulkan masalah kepada anda (jika pemimpin pembangkang ini diangkat menerajui negara).  Lihat Korea Utara hari ini, masalah kebuluran, kekurangan zat dan vitamin masih menghantui rakyatnya (sekadar menyebut beberapa) disebalik status Korea Utara sebagai sebuah Negara kuasa nuklear setaraf Amerika Syarikat dan Rusia.  Demokrasi hampir mati walaupun Korea Utara mempunyai sistem politik berparti.

Kepada rakyat Malaysia, sebelum anda menetapkan hati anda untuk mengundi parti-parti pembangkang utama di Malaysia ini, ingat-ingatkanlah nasib yang menerima rakyat Korea Utara dan apakah anda juga mahu memperjudikan nasib generasi muda sekarang (anak dan cucu cicit anda nanti) sama seperti rakyat Korea Utara.  Mungkin bukan kerana kebuluran atau kurang zat tapi atas sebab musibah yang lain pula.

Renung-renunglah…



SUMBER;adamyan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan