SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Ahad, 30 Ogos 2015

ZAMAN KERAJAAN SAMUDRA-PASAI (1280-1400 )

Zaman kerajaan Samudra-Pasai dipercayai bermula sejak tahun 1280 lagi. Pada masa ini kerajaan Samudra-Pasai memainkan peranan penting dalam usaha perdagangan dan pengembangan agama Islam serta kebudayaan Islam. Malah kerajaan inilah merupakan pusat kerajaan Melayu yang ter- besar dan terpenting di Nusantara, sekaligus sebagai pusat terpenting mengembangkan hasiI-hasil sastera Melayu yang menerima pengaruh Islam. Bagi membuktikan kenyataan ini dapat dilihat daripada tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh Marco Polo, seorang pengembara yang terkenal. Marco Polo mencatat bahawa sewaktu ia singgah di Perlak pada tahun 1292 penduduk-penduduk negeri itu telah pun memeluk agama Islam. Bukti lain yang menunjukkan bahawa Islam telah mula tersebar dan diterima oleh penduduk tempatan ialah daripada tulisan yang terdapat pada batu nesan Sultan Pasai yang pertama iaitu Sultan Malikul Salleh. Pada batu nesan itu tercatat bahawa Sultan Malikul Salleh ialah raja Pasai yang pertama memeluk Islam, mangkat pada tahun 1297. Kesan-kesan kedatangan Islam di Pasai boleh juga di- kesan daripada Batu Bersurat yang dijumpai di Minye Tujoh, di Talang Tuo dan di Kedukan Bukit.

Corak Karya yang wujud:

Pada zaman kerajaan yang pertama ini, tidak begitu banyak hasil-hasil karya yang wujud atau yang tersebar. Namun demikian dengan kedatangan agama Islam bermakna kebudayaan Islam mulai meresap ke dalam hasil-hasil karya tempatan dan diterima oleh masyarakat. Antara jenis atau corak karya yang ada ialah:

(a) Risalah-risalah kecil mengenai kalimah syahadat, rukun Islam, rukun Iman, rukun-rukun sembahyang serta kitab-kitab mengenai ajaran Islam.

(b) Karya yang bercorak Lagenda Islam: Kisah-kisah yang berkaitan dengan cerita yang bercorak legenda tersebar meluas terutamanya cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w. Antara cerita mengenai Nabiialah Hikayat NurMuham mad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah, Hika- yat Mi'raj Nabi dan Hikayat Nabi Wafat.

(c) Karya yang bercorak Sastera Sejarah: Sebuah karya yang merakamkan sejarah kerajaan Melayu Samudra-Pasai yang terulung dan merupakan karya historiografi Melayu yang pertama dihasilkan ialah Hikayat Raja-raja Pasai. Dalam teks ini mengisahkan tentang zaman awal kerajaan Melayu Pasai, kisah bagaimana Pasai memeluk Islam, raja-raja yang memerintah dan zaman kerajaan ini mencapai kegemilangan- nya. Kisah dalam teks ini berakhir apabila Pasai ditawan oleh Majapahit.

DEMO BERSIH 4.0 MALAYSIA DI SERTAI 92 PERATUS CINA DAN 8 PERATUS MELAYU DAN INDIA

Petang tadi sempat ambik gambar di setiap penjuru KL,sogo,mesjid jamek,pasar seni dan beberapa tempat yg lain,. demonstration bersih level 4.0 ni sebenarnya bukan meliputi semua rakyat malaysia yg ingin menumbangkan system kerajaan malaysia yg di bentuk secara demokrasi.. kerna bagi pengamatan saya sebentar tadi,kaum yang menyertai bersih 4.0 kali ini hanya di sertai oleh 92 peratus kaum cina,selebihnya india dan melayu..... apapun saya ucapkan tahnia kepada kaum melayu khasnya,kerna menyedari bahwa demo bersih 4.0 kali ini,sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dari parti DAP berbanding dengan bersih 1.2 dan 3.pointnya melayu sudah matang. berguling di jalanan adalah lebih baik menonton tv dirumah bersama keluarga. apapun,sekali lagi saya ucapkan tahniah...