
Perlantikan Kim Jong Un adalah petanda jelas bahawa tampuk pemerintahan Korea Utara pasca Kim Jong Il bakal diwarisi oleh anak lelaki ketiganya itu. Perlantikan adik perempuannya pula ada kaitan dengan memastikan jaminan bahawa anak akan dilantik presiden jika Kim Jong Il meninggal dunia sementara menunggu anaknya bersedia untuk menjadi pemerintah Korea Utara yang baru.

Rutin rakyat Korea Utara, bangun pagi sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu, sebelum tidur sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu bahkan bila mata celik semula selepas sembuh dari katarak pun (National Geographic), yang pertama diucapkan terima kasih dan syukur adalah depan gambar Jong Il dan bapanya juga, begitulah taksubnya.
Di Malaysia, ditakuti kita juga sedang menuju kearah itu. Hari ini semua penganut pembangkang didoktrin dan dididik untuk mentaati pemimpin lebih dari yang lain cuma mungkin belum ke tahap dewa hidup atau membina patung dari gangsa dan sebagainya. Oleh itu, kejahilan ahli mereka ini diambil kesempatan oleh pemimpin parti pembangkang dengan menamakan kaum keluarga masing-masing sebagai Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden, calon ADUN, ahli Majlis dan sebagainya secara terus terang tanpa berselindung dari apa lagi.
Malah keberanian itu kini bukan terbatas setakat ahli keluarga saja, malah ada yang turut menamakan dan mengisytiharkan sokongan untuk pengikut yang paling taat setia (termasuk menyerahkan isteri sendiri untujk dilahap boss) ke jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang mereka wakili.
Jika beginilah halnya ini kah masa depan Malaysia yang kita semua mahu wariskan kepada generasi anda akan datang? Jangan kerana terlalu terikut emosi yang terhasil daripada propaganda pembangkang yang terlalu membenci kerajaan, maka anda menjerumuskan Negara anda kearah pemerintahan ala-ala totalitarian.

Oleh itu, ia menimbulkan persoalan, sampai bila corak pemerintahan totalitarian ini akan bertahan tanpa menimbulkan masalah kepada anda (jika pemimpin pembangkang ini diangkat menerajui negara). Lihat Korea Utara hari ini, masalah kebuluran, kekurangan zat dan vitamin masih menghantui rakyatnya (sekadar menyebut beberapa) disebalik status Korea Utara sebagai sebuah Negara kuasa nuklear setaraf Amerika Syarikat dan Rusia. Demokrasi hampir mati walaupun Korea Utara mempunyai sistem politik berparti.
Kepada rakyat Malaysia, sebelum anda menetapkan hati anda untuk mengundi parti-parti pembangkang utama di Malaysia ini, ingat-ingatkanlah nasib yang menerima rakyat Korea Utara dan apakah anda juga mahu memperjudikan nasib generasi muda sekarang (anak dan cucu cicit anda nanti) sama seperti rakyat Korea Utara. Mungkin bukan kerana kebuluran atau kurang zat tapi atas sebab musibah yang lain pula.
Renung-renunglah…
SUMBER;adamyan,