Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000 miliknya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.
Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?
Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.
Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.
Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).
Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..
Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…
Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.
Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.
Manager : Tak guna punya orang tua..
Moral: Jangan suka berjudi , jangan terlalu yakin dengan apa-apa pertandingan walaupun nampak mudah, sebab mesti ada udang disebalik batu. Dan akhir sekali , jangan pertaruhkan telur anda!! Haha.
Senarai 4 Filem Yang Diharamkan di Malaysia?
Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.
Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG(Sebuah Cinta Jagung)
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.
Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.
Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG(Sebuah Cinta Jagung)
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.
Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.
Fakta Portugis Tak Berani Serang Negeri Belah Utara
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan oleh adanya agenda tertentu..Semoga ianya dapat dijadikan iktibar dari pendedahan yang hebat ini...
1508: Alfonso de al Buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan 158 biji kapal dengan 15300 orang ( anggaran) bala tentera...
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..Tapi setelah bersusah payah dapat juga Alfonso menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…
1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk dijadikan gula di rantau ini.
1513: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya menggunakan taktik minum di kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu...
Perisik pulang ke Melaka untuk menceritakan hasil risikan kepada Alfonso.
Di bawah adalah perbualan di antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Malaysia.
Perisik 1& 2: Selamat pagi tuan (Sambil tabik hormat)
Alfonso: Selamat pagi. Apa cer??
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang tuan.
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka tu?? (Dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang tuan.
Perisik 1: Betul tu tuan!…Kalau tuan nak tau banyak benar hang antaranya hang sihat, hang buat apa, hang loklaq, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tunggu sat, hang tau dak, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana yang saya dengar tuan!
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak buat serangan disebabkanpengalamannya sebelum ini menentang 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri……Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang di situ. Ape celop??
Kisah Seekor Harimau Yang Beriman
Alkisah...Maka tersebutlah kisah..Ada sorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Dah la tak semayang Jumaat, dia masuk pulak hutan nak buru ayam hutan. Masa dia terhendap-hendap dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan sekor harimau yang sedang lena tido.
Dia terkejut sampai senapang yang dia pegang tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek macam nangka busuk ke arah lain, jatuh pulak atas batu dan.............KRAKKKK!
Dua-dua belah kaki dia patah. Nah!Padan muka..Tapi jangan risau ..Ni bukanla berita paling buruk ok. Ada lagi ..Berita paling buruknya adalah harimau yang lena tido tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh nak gerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang memburuku harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba-tiba dengan tak semena-mena harimau tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di depan lelaki tu bertukar menjadi sekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. Harimau tu pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
Ngaappppppppppp!!!!!!!!!
Dialog Sebelum dan Selepas Couple
Sebelum Couple
Lelaki: Ya dah lama saya tunggu saat ni...
Perempuan: Adakah awak terfikir akan tinggalkan saya??
Lelaki: Tak..Tak pernah terfikir pun.
Perempuan: Awak sayangkan saya???
Lelaki: Mestilah!!!
Perempuan: Pernah awak tipu saya??
Lelaki: Tak. Kenapa awak tanya macam tu?
Perempuan: Awak akan cium saya?
Lelaki: Asal ada peluang je, mesti nak.
Perempuan: Adakah awak akan pukul saya?
Lelaki: Awk gila ke?? Saya bukan jenis orang macam tu!
Perempuan: Saya boleh percayakan awak?
Lelaki : YES..
Perempuan: Darling!!
Selepas Couple
Sila baca dialog dari bawah ke atas
Lelaki: Ya dah lama saya tunggu saat ni...
Perempuan: Adakah awak terfikir akan tinggalkan saya??
Lelaki: Tak..Tak pernah terfikir pun.
Perempuan: Awak sayangkan saya???
Lelaki: Mestilah!!!
Perempuan: Pernah awak tipu saya??
Lelaki: Tak. Kenapa awak tanya macam tu?
Perempuan: Awak akan cium saya?
Lelaki: Asal ada peluang je, mesti nak.
Perempuan: Adakah awak akan pukul saya?
Lelaki: Awk gila ke?? Saya bukan jenis orang macam tu!
Perempuan: Saya boleh percayakan awak?
Lelaki : YES..
Perempuan: Darling!!
Selepas Couple
Sila baca dialog dari bawah ke atas
Keh3. Ada jugak orang macam tu kan.
Kisah Seram Jalan Gerik
Segmen cerita seram kali ni berkaitan dengan kisah seram jalan Gerik dan merupakan kisah benar yang dilakonkan semula dalam bentuk dialog untuk memudahkan semua pembaca..
Kisahnya bermula begini................
"Mak..Mail balik dulu mak",
"Mail..... Mak kata jangan balik malam ni, pagi esok jela balik dah pukul sebelas ni...".
"Tak boleh mak Mail kena balik malam ni jugak, banyak kerja kat office tu tak sempat siap nanti...".
"Mail balik esok je la, bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni sesorang, bukan dekat Baling ker KL tu......
"Tak apalah mak, Mail balik dulu..Mak jangan risau..Assalammualaikum". Mail mengucup tangan ibunya dan terus memasuki kereta Myvi yang baru seminggu dibelinya..
"Emmmmm.... Boring betullah.." Rungut Mail seorang diri lantas menutup gelombang radio HOTFM setelah boring mendengar Usop Wilcha berceloteh.
Dijelingnya jam yang terpahat pada dashboard keretanya, detik jam 2 pagi, hampir 3 jam Mail memandu sampai naik kematu punggungnya. Ditolehnya kiri dan kanan, jalan semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yang ditujui setelah seminggu menyambut hari raya dikampung...
"Emmmmm...baru sampai Gerik ni...Jauh lagi....."
Tiba-tiba Mail terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula terngiang kata-kata temannya " kau kalau balik KL tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area jalan Gerik tu....Kemalangan selalu terjadi sebab ramai orang selalu jumpa makhluk ghaib......"
Namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, dikuatkan jugak semangatnya.
"Aaaarghhhh........Mengarut jer...Mana ada hantu .... Sekarang ni zaman teknologi, internet..Mana ada hantu..." kata Mail sambil mententeramkan hatinya yang memang tidak tenteram....
Mail masih lagi melalui jalan Gerik dan ditekannya pedal minyak seperti biasa dan jauh dihadapan, Mail terpandang kelibat objek putih yang terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali. "Hantu ker?"Soal hatinya......
"Arghhhh..Mana ada hantu" Dikuatkan semangatnya. Semakin hampir.......dan semakin jelas pandangan Mail terhadap objek tu, kelibat seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan.
Kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. Dalam hatinya berkata..."Buat apa mak cik ni sorang-sorang tengah malam kat jalan ni??"
Lalu Mail memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa untuk menumpangkan perempuan tua tersebut.....
"Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... Bahaya sesorang malam-malam ni" segera Mail membuka pintu......Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.
Kemudian perempuan tua tersebut masuk dan terus menutup pintu kereta...."Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Mail sebaliknya memalingkan mukanya ke bahagian luar..
Perasaan takut Mail datang lagi bila mendengar suara perempuan tua tersebut.......Garau dan sungguh menyeramkam........
Dengan beraninya Mail bertanya.."Aa aa apaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu" kata Mail terketar-ketar......
Dengan nada dan suara yang garau perempuan tua tu lalu berkata..."Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Mail
"Apa darahhhhh!!!!!!!!" Jerit Mail dengan terkejut beruk, peluhnya semangkin banyak memercik.....Mengeletar anggota badannya dari atas sampai ke bawah tapi terpaksa Mail melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas ke tepi jalan..
Perempuan tu berkata lagi.."Yaaa....Anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir........"
Kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semakin kuat anggota badan Mail mengeletar......Ditolehnya kearah perempuan tua itu........Tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......
"Burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" Tiba - tiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ Burghhhh......Burghhhh........Burghhhh!!!!!!!!
Melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang belakang kereta. Mail mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut "Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"
Dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Mail...
"Hiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........." Sambil mengilai dengan suara yang kuat perempuan tua itu lantas berkata.....
Kisah Si Penjual Telur
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik kak?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Nak yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan je la murah sikit."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Utara, Selatan atau Pantai Timur?"
Pembeli: "Yang Pantai Timur lahhhh...Banyak pulak soalan budak ni!!"
Penjual: "Mahu yang Pantai Timur dari Pahang, Kelantan ataupun Terengganu?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak main-main????"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual sayur kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Jadi, saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..:-D
Hello...Orang Lain Pun Puasa Jugak...
Hoi! Mentang-mentang la bulan puasa...Suka hati mak bapak kau je ye...orang lain pun puasa jugak.
v
v
v
v
v
v
Suka-suka hati dia je nak tido merata. Apa pun tak boleh.
Haihh!!Penat bebeno deme berpuasa ye dak??Sampai tetido tak hengat dunia..Hehe
Sebab Cuci Kereta Lagi Best Dari Berkhalwat
Salam semua..Pergh!Tajuk tak leh blah kan. Mesti korang nak tau betul ke cuci kereta lagi best dari berkhalwat. Ce baca..Ce baca.^_^
1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
3. kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.
6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa rasa takut disergah pencegah maksiat.
7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.
10. Majikan tidak akan memecat anda.
[Murah]5 biji Notebook Apple MacBook Terbaru Cuma RM250!Cepat2!
Berita best! Saya baru dapat info dari kawan saya yang supply barang-barang komputer di Plaza Low Yatt. Dia cakap Notebook Apple MacBook yang terbaru di pasaran dia boleh dapat dengan harga cuma RM250.00. Tapi stok terhad! Cuma ada 5 bijik je. So, sape yang cepat dia dapat! Korang boleh tengok spesifikasi Notebook kat bawah ni.
Spesifikasi Notebook:
- 1.42GHz PowerPC G4
- 1GB DDR333 SDRAM - 1 DIMM
- 1000GB Ultra ATA drive
- SuperDrive (DVD RW/CD-RW)
- 56K v.92 Modem
- Internal Bluetooth
- Mac OS X Tiger
- Wifi
- Polistren unibody enclosure
- Kos penghantaran percuma
- Harga:RM250.00
Saya akan bukak bermula pada pukul 11 malam 10/02/2011. Siapa yang berminat sila hubungi saya secepat mungkin.
Tapi sebelum tu korang boleh tengok gambar Notebook yang nak dijual tu kat bawah ni dulu.
Cantik tak?? Berminat?? Jangan marah..Nanti kena jual..Agagaga
Nak Tau Hujan Ke Tak Tanya Dukun Ni|Terer Beb
Makin hari makin busy plak nak tengok blog ni..Baru balik dari outstation semalam start hari isnin sampai rabu..Nak update blog pun dah tak sempat...Kadang-kadang je boleh on9 pun..Saya pegi outstation dekat Kemaman dengan Kuantan..Buat open interview kat Jabatan Tenaga Kerja Kuantan dengan site visit kat Kemaman..Nasib baik la tak hujan..2 minggu lepas saya pegi outstation jugak tapi hujan tak henti-henti sampai banjir kat Kemaman tu. Huhu..Sebenarnya saya cuma nak relate kisah hujan dengan satu dukun ni yang boleh ramal hujan ke tak..Jom la baca..Hebat betul tok dukun ni Lepas ni kalau nak keluar kena tanya tok dukun ni dulu la^_^.
Di pedalaman sebuah perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh namanya Mr. Joe Labu. Hobi mat saleh tu suka meredah hutan. Tapi ada satu sebab yang buat dia risau masa masuk hutan. Mr. Joe Labu ni takut hujan.
Orang kampung cuba bagi nasihat kat Mr. John supaya dapatkan ramalan daripada sorang Pak Dukun sebab ramalan dia selalunya sangat tepat..Maka Mr. Joe Labu pun pergi berjumpa dengan dukun tu dan bermula la perbualan seperti di bawah ni:
Mr. Joe Labu: Oreng kampung said, uncle pandai buat ramalan cuaca kan?? Hmm, can i know, tomorrow hujan or tidak?
Pak Dukun: Esok hujan. Confirm hujan..So, u jangan masuk hutan ok.
Mr. Joe Labu: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan.
Keesokan harinya, Mr. Joe Labu datang lagi nak dapatkan ramalan hari seterusnya...
Mr. Joe Labu: Uncle, tomorrow hujan atau tidak?
Pak Dukun: Tak hujan. So, u can pergi masuk hutan
Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr Joe Labu segera menyiapkan semua kelengkapan untuk masuk ke hutan. Aktiviti Mr. Joe Labu berjalan dengan lancar. Dia rasa sangat gembira sekali sebab cuaca baik.
Pada malam tu, Mr. Joe Labu datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk ucapkan terima kasih dan dapatkan ramalan seterusnya.
Mr. Joe Labu: Wow, you punya ramalan memang tepat uncle.. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle?
Pak Dukun: Saya tak tau la. Hari ni radio saya rosak..
Mr. Joe Labu:?????????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan