SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Sabtu, 8 Februari 2014

FENOMENA KANGKUNG NAJIB DAN ANDROID GAME KANGKUNG

KLICK SINI UNTUK MUAT TURUN GAME KANGKUNG VERSI ANDROID MANTAP kawang,,..
Terasa macam nak buat sedikit ulasan pulak tentang Najib dan Kangkung. Seriusli, ia sememangnya menjadi satu Trending Lifestyle idaman bos baru Biro Media Baru Umno .... hmmm .... mujur dia tak keluar kenyataan seperti - Lifestyle macam inilah yang saya nak ! Gempak siot !
Fenomenanya adalah satu hakikat nyata - SEMUA orang bercakap tentang Najib dan Kangkung.
Hingga budak sekolah pun bercakap tentang kangkung. Serius ! Dah beberapa kali saya terdengar budak2 sekolah sebut kangkung sambil membelek2 hanfon dan kemudian bergelak ketawa sesama mereka. 


Saya perasan ada usaha dikalangan pengamal media sosial pro Umno yang cuba menyelamatkan keadaan ie imej Najib. Mulanya dikatakan konon sayur kangkung telah dihina bla bla bla, kemudian dikatakan yang mereka yang menyebarkan Najib dan Kangkung sebagai tidak faham mesej yang cuba disampaikan oleh Najib bla bla bla, dan yang terbaru saya perasan adalah usaha Joint Venture iaitu ikut sama tapi dengan mengkangkungkan pemimpin pembangkang. Selepas ini tak tahulah apa pula cara yang hendak diaplikasikan lagi ....

Percayalah, semuanya tidak akan berjaya memulihkan imej Najib. Atau mengalihkan tumpuan Kangkung dari Najib. Buatlah cara mana sekalipun, Najib dan Kangkung dah sebati !

Sebab hubungkait Najib dengan Kangkung itu datang secara SPONTAN. Ia tidak dibuat2. Ia tidak dipaksa. Najib sendiri yang menyediakannya tanpa dirancang. Tidak ada apa yang dikatakan sebagai satu usaha terancang pembangkang disebalik Fenomena Kangkung ini.

Kerana rakyat sendiri SUKA dan TERIMA secara RELA malah diSAMBUT pula dengan penuh SEMANGAT Jenaka Najib dan Kangkung.

Ya, saya berpendapat yang rakyat melihat Fenomena Kangkung ini sebagai satu JENAKA yang sudah lama dinanti2kan. Timingnya juga tepat, dalam keadaan tertekan secara saikologi dengan masalah kos sara hidup ( baik yang nyata atau sekadar persepsi ), rakyat menyambut Fenomena Kangkung ini sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan atau release tension.

Dan mangsanya pula adalah Najib yang dikaitkan dengan Kangkung bukanlah satu kebetulan. Ia PERFECT atau tepat. 

Kita jangan lihat Fenomena ini sebagai satu peristiwa yang berlaku secara terpencil atau seperti satu lawak jenaka spontan yang berdiri atas kapasiti lawaknya sendiri ( standing on its own ) sebab ia sebenarnya adalah satu bentuk manifestasi luahan rakyat kepada apa yang mereka lihat dan rasa semenjak akhir2 ini. 

Umpama api didalam sekam yang menunggu masa saja hendak bernyala. Dan ucapan Najib yang menyebut Kangkung menjadi penyemarak api / catalyst nya.

INI VIDEONYA MENGENAI KANGKUNG

Kalau harga sayur2an naik, sawi naik kangkung naik ..... ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ni dalam suratkhabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung konon naik sekarang ni dah turun. 



Bila turun kenapa tak puji kerajaan ? Masa naik dipersalahkan kerajaan ... INI TIDAK ADIL !

Hahahahahaha ..... saya baca balik pun boleh tergelak !

Rakyat faham apa yang cuba disampaikan oleh Najib. Rakyat tidak ada niat langsung mahu menghina status sayur Kangkung. Dan hanya Najib saja yang akan dikaitkan dengan Kangkung. 

Kerana Fenomena Kangkung ini adalah satu bentuk SATIRA yang dikaitkan dengan Najib. 





Apa yang kita duk sebut2 dalam blog selama ini - Inilah dia BUKTInya iaitu rakyat sudah tidak puas hati dengan Najib sebagai PM. 

Bukan Umno tapi Najib. Kangkung dikaitkan dengan Najib. BUKAN Kangkung dikaitkan dengan Umno. BUKAN Kangkung dikaitkan dengan kerajaan BN. Tapi dengan Najib secara peribadi.

Akhirnya rakyat mendapat satu cara untuk melepaskan apa yang selama ini dipendamkan. Satu cara SELAMAT untuk melepaskan geram terhadap Najib.

Cuba kita lihat Fenomena Kangkung ini dari sudut yang positif. Apakah kita lebih suka melihat rakyat memberontak secara agresif kesan letusan perasaan ketidakpuasanhati yang terpendam selama ini ? Bukankah Fenomena Kangkung ini lebih SELAMAT dan sekurang2nya berjaya melepaskan sedikit tekanan yang dirasai rakyat ?

Satu lagi perkara menarik mengenai Fenomena Kangkung ini, ia harus dilihat sebagai satu MESEJ kepada Najib yang rakyat tidak puashati dengan cara pemerintahannya. Dan ia adalah satu mesej yang TEPAT PADA SASARAN. Tidak terpalit kepada kerajaan atau Umno.

Bukankah itu yang ramai dikalangan para pengamal media mahukan, baik secara vokal atau lebih ramainya yang berkongsi secara diam dalam hati ?

Mungkin sebab itulah hanya segelintir saja yang tampil cuba menyelamatkan imej Najib setakat ini. Sebab dalam hati, ramai yang ikut sama gelak bersama Fenomena Najib dan Kangkung ...... kan ? kan ?

Sekali lagi saya sebut, Fenomena Najib dan Kangkung bukan dipaksa2 ke atas rakyat. Terimalah hakikatnya yang ia disenangi rakyat, disambut rakyat dan disebarkan rakyat secara sukarela. 

Dan seluruh negara ketawa...... ( kecuali Najib ! Rosmah saya tak pasti )

APA PUN SAYA UCAPKAN TERIMAH KASIH ATAS KUNJUNGAN KE BLOG SAYA SELAMAT MUAT TURUN GAME KANGKUNG.
KEPADA PEMBACA SAYA HARAP ANDA BERPIKIR SECARA POSITIF DAN DISINI SAYA HANYA INGIN MENULIS MENGENAI PERDANA MENTERI NAJIB DENGAN CERITA MENGENAI KANGKUNG DAN SELEBIHNYA SAYA INGIN ANDA SEMUA BOLEH ENJOY DENGAN GAME KANGKUNG ANROID,wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan