ANDAI DIBENARKAN SAYA BERCAKAP DENGAN TUN MAHATHIR.
saya Nur azharina muhammad,seorang penuntut tingkatan 4 menuntut di sekolah menegah kebangsaan di antara beberapa sekolah daerah di sabah.
sebelum itu saya mohon maaf kepada semua rakyat malaysia,khasnya kepada ahli ahli politik laman sosial,jika perkataan saya tidak di senangi oleh beberapa pihak. saya sedar dan saya tidak sepatutnya meluahkan isi hati saya melalui facebook,dan siapalah saya untuk lancang berkata kata. apatah lagi saya hanyalah seorang penuntut yg masih mentah,dan masih berada di tahap tingkatan 4.
Di sini,jika saya di benarkan untuk berjumpa dan bertanya kepada tun mahathir,saya akan bertanyakan hanya beberapa kerat soalan. dan soalan yg saya ingin utarakan mungkin senang untuk di pahami,mungkin sebab saya masih mentah.
soalan saya seperti berikut:
ketika ini saya belajar,saya banyak belajar mengenai sejarah sejarah pahlawan dan beberapa negarawan terdahulu,dan termasuklah tun mahathir sendiri. saya sungguh kagum dengan pengorbanan tun mahathir di era pentadbirannya untuk membangunkan malaysia hingga malaysia di kenali sebagai negara yg pesat membangun,antara contoh terdekat apabilah malaysia dapat memperkenalkan proton,dan juga menyumbangkan kepada rakyat bahwa rakyat patut berbangga dengan tanah air setelah malaysia dapat membina sebuah empayar teknologi outomobil seperti proton,walaupun proton bukanlah hak cipta malaysia melainkan proton hanya transfer teknologi jepun iaitu mitsubishi. ya,saya akui emak dan ayah saya pada ketika itu sungguh berbangga dengan pencapaian malaysia,tapi tahukah kamu' tun mahathir itu semua hanyalah sebuah kebanggaan yg hanyalah ibarat ayat "timbul tenggelam" dalam hati dan benak orang tua saya? sebab apa? sebab kami tak dapat merasa yang proton itu dapat kami miliki. kamu' tun mahathir,...
hanya mengejar pencapaian negara,hingga lupa kepada kami bahwa pencapaian itu semua tiada makna buat kami.
proton,litar sepang,klcc,menara puncak nenas,lebuhraya selatan ke utara malaya,rail ktm,prasana KL ,jembatan p'pinang 1 dan lain2 semua di bangunkan oleh kamu' tun mahathir.. saya cuma nak tanya beberapa projek di atas,adakah projek di atas tiada penyewengan bentuk berupa wang rakyat?
pernahkah kamu' tun mahathir menghulur kepada kami berupa bantuan keuangan walaupun se sen? kami rakyat biasa tidak sesekali pun mengharapkan keuangan agar kami juga membalas budi dengan tinta bersilang di peti undi,tapi kamu' tun mahathir sepatutnya harus bersikap adil dengan kami,.
kamu teroka bumi kami,..
bumi kami kamu pasak..
kamu gerudi besi minyak lautan..
balak2 kami,kamu habiskan dan musnahkan untuk pendatang cina memiliki hartanah ladang hingga beribu ribu hektar,sedangkan kami rakyat miskin hanya dapat melihat bumi leluhur kami di miliki pendatang.
Tak kira itu juga kamu' tun mahathir sanggup menghalalkan segala bentuk kerakyatan untuk pendatang asing agar dapat memilki taraf kewarganegaraan (I/C PROJEK).
Kamu sungguh kejam! kes mamali di bawah tanggung jawab kamu pun belum selesai.
kes Ds anwar ibrahim jatuh jawatan pun adalah punca kamu..Ds ahmad badawi letak jawatan atas ketidak puasan kamu! dan sekarang Ds najib.. sebenarnya kamu'tun mahathir jenis manusia apa?
kuku besi?
kenapa semua rakyat malaysia dan juga pemimpin yang lain harus bernaung di bawah jari kamu?
kenapa kamu yg di sebut2 hingga kepada pemimpin dunia mengatakan bahwa kamu adalah pemimpin yang bijaksana? sedangkan pada hari ini kebijaksanaan kamu dulu bercanggah dengan pendirian kamu pada hari ini,saya kecewa dengan kamu,sebab sanggup berbondong2 untuk turut hadir dalam perhimpunan bersih di saat majoriti rakyat malaysia inginkan keamanan dan ingin meraikan ulang tahun kemerdekaan malaysia yg di tunggu2.. dulunya saya amat menyanjungi kamu bahwa kamu adalah negarawan yg terhebat,tapi hari ini saya hanya dapat simpulkan bahwa kamu mempunyai hati yg sungguh hitam dan penuh dengan sifat dendam jika orang2 di sekeliling kamu tak mengikuti kehendakmu.... jangan merasa kamu adalah seorang pemimpin yang sempurna. dan jangan gadai bangsamu semata mata ingin bersembunyi di sebalik kesilapan masa lampau kamu'tun mahathir.
saya tidak menyebelahi mana2 pihak,cuma saya tidak berpuas hati dengan manusia yg saya sanjung, rupanya mempunyai hati yg hitam.wassalam.
nur azharina.
sumber: link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan