NEGARA YANG DI BANJIRI WARGA ASING ADALAH NEGARA KAYA
BAGI Carlos (bukan nama sebenar), kerja menyeludup manusia bukanlah suatu pekerjaan yang disukainya.
Malah, dia juga tahu perbuatan menyeludup manusia tidak baik. Tetapi Ecuador tidak menjanjikan masa depan dan dengan AS$8,000 (RM30,400) dia membantu mereka yang mendapatkan khidmatnya untuk mencari pekerjaan di Amerika Syarikat (AS).
''Yuran itu termasuklah untuk memberikan rasuah kepada kakitangan imigresen. Kami mendapatkan seorang rakyat Mexico untuk melakukannya,'' kata Carlos.
''Tidak ada orang yang boleh membawa anda masuk secara terus dari Amerika Selatan ke AS. Mula-mula anda perlu pergi ke Amerika Tengah dan di sana kami akan menyerahkan anda kepada orang kami di Mexico,'' katanya.
Carlos dan mereka yang melakukan pekerjaan menyeludup masuk para penduduk Amerika Latin menembusi kawasan sempadan AS yang dikawal rapi diberi jolokan ''anjing hutan''.
Carlos, yang lebih suka merahsiakan nama sebenarnya, menganggarkan bahawa 200 rakyat Ecuador diseludup masuk ke sempadan AS setiap minggu.
Penyeludupan itu ialah sebahagian kebanjiran manusia yang kian meningkat dari negara yang indah tetapi huru-hara ini, yang terletak di barat laut Amerika Selatan.
Penyeludupan manusia itu berlaku secara besar-besaran. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa 57,000 penduduk meninggalkan negara yang mempunyai 12 juta rakyat itu dalam tempoh tiga bulan tahun ini sahaja.
Daripada jumlah itu, 22,000 orang memilih untuk menuju ke Sepanyol manakala 18,000 lagi memilih AS.
Kebanyakan mereka, terutamanya yang menuju ke Sepanyol, memasuki negara itu dengan menggunakan visa pelancong dan kemudian mencari kerja secara haram, dengan berharap mendapatkan visa tetap selepas itu.
Sebahagian yang lain menyerahkan nasib mereka ke tangan manusia seperti Carlos untuk membawa mereka masuk ke AS.
''Saya sedih menjadi seorang penyeludup manusia. Ia bukan kerja baik tetapi saya merasa gembira apabila memikirkan bahawa saya menawarkan peluang yang lebih baik kepada orang-orang itu,'' katanya.
''Meninggalkan negara ini adalah satu-satunya pilihan mereka. Ecuador tidak mempunyai masa depan,'' katanya, sambil menghirup bir di sebuah bar di ibu kota Quito.
Carlos mengenakan yuran RM30,400 kepada para pelanggannya. Yuran tersebut boleh dianggap mahal kerana purata pendapatan bulanan minimum di Ecuador hanyalah AS$30 (RM114). Yuran tersebut digunakan untuk membayar rasuah, memalsukan dokumen, bayaran pengangkutan dan makanan.
''Kami memulakan perjalanan dari Quito atau Guayaquil. Kemudian anda akan menaiki pesawat ke Amerika Tengah untuk ke Honduras, Nicaragua atau Guatemala, bergantung kepada pemeriksaan di beberapa negara,'' jelas Carlos.
''Dari Amerika Tengah, anda akan ke Mexico dengan jalan laut dan kemudian melalui jalan darat selama dua hari untuk sampai ke sempadan AS,'' katanya.
Beberapa penyeludup manusia yang lain menempatkan para pelanggan mereka ke dalam bot-bot yang membawa pisang.
Tetapi kebanyakan mereka sering kali ditemui mati dalam keadaan dikelilingi buah-buahan dalam bekas yang telah disejukbekukan.
Keadaan di Ecuador, sejak beberapa tahun lalu tidak begitu baik. Negara itu biasanya tenang dan mempunyai pemandangan yang indah.
Sebanyak 70 peratus daripada negara itu adalah miskin dan mereka menjadi semakin miskin.
Ekonomi Ecuador menguncup lebih tujuh peratus pada 1999 akibat kejatuhan harga minyak. Ia juga mengalami kemusnahan infrastruktur akibat ribut kuat yang dicetuskan oleh fenomena El Nino.
Kongres yang rasuah dan asyik bercakaran bermakna kerajaan jarang sekali berupaya mengambil langkah-langkah yang bijak bagi memulihkan ekonomi.
Penduduk peribumi India telah mengadakan perarakan bantahan di Quito pada Januari lalu untuk membantah rancangan kerajaan menerima dolar AS sebagai mata wang negara. Mereka kemudian menggulingkan Presiden Jamil Mahuad dengan bantuan tentera.
Pada tahun lalu, mereka yang bernasib baik mempunyai akaun bank telah mendapati simpanan mereka dibekukan menerusi arahan kerajaan.
Dan jika semua itu masih belum mencukupi, gunung berapi Guagua Pichincha menambah lagi kesengsaraan menerusi ancaman satu letupan besar pada bila-bila masa.
Air mata mengalir setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Ecuador ketika para anggota keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang memilih untuk berhijrah dan meninggalkan Ecuador.
JADI KESIMPULANNYA NEGARA YANG DI BANJIRI WARGA ASING ADALAH NEGARA
DENGAN SUMBER PENDAPATAN SARA HIDUP,..

betul2 saye pun dimasa dulu pernah duduk keja kat selangor bang
BalasPadam