SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Jumaat, 15 Ogos 2014

22 TANDA TANDA ISTRI ATAU PASANGAN ANDA CURANG

1. Perubahan tingkah laku/ minat

Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.


2. Memberi alasan

Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.



3. Mengelak pandangan mata

Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

4. Selalu dengan telefon bimbitnya

Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!



5. Gelisah tidak tentu pasal

Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?



6. Menolak

Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.



7. Membesarkan masalah kecil

Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.



8. Kurang melafazkan kata-kata cinta

Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh



9. Tersasul menyebut nama panggilan lain

Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.



10. Tidak menghargai pemberian anda

Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.



11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh

Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.



12. Menjawab panggilan secara berbisik

Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.



13. Mencari kesalahan anda

Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.



14. Tidak mesra semasa bertemu

Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.



15. Cepat marah

Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.



16. Tidak mengendahkan rajuk anda

Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.



17. Tidak menghubungi anda

Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.



18. Berahsia / Menipu

Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.



19. Hadiah secara tiba-tiba

Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.



20. Menghilangkan diri

Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.



21. Kawan baik anda menunjukkan hint

Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.



22. Naluri anda

Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.

Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.

sumber:teruna teruja

Rabu, 6 Ogos 2014

ISRAEL VS GAZA GAME ANDROID BARU

Kalau sebelum ini saya menulis fenomena mengenai kangkung dan dato sri najib razak dengan sedikit tambahan muat turun game KANGKUNG android..
Tapi kali ini saya ingin menyediakan media upload game android juga untuk anda diluar sana. Walau bagaimana pun saya sendiri terlenguh jari untuk menulis apa yg berlaku di gaza,..mungkin anda di luar sana lebih tahu tentang perkembangan di gaza,cuma kemungkinan besar ada di antara anda yg belum tahu tentang kewujudan sebuah game yang sebutkan diatas..
selamat memuat turun game..
Atau anda boleh terus ke playstore aplikasi android anda..wassalam...
https://play.google.com/store/apps/details?id=air.Madfal.GazaHero

Isnin, 4 Ogos 2014

FACEBOOK BERI AMARAN SEKAT NAOMI WOLF SOKONG HAMAS

Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan. Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza. “Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com. (Baca: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi) Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini. Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’. Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.

Sumber; blogger.

Ahad, 3 Ogos 2014

6 DAERAH SABAH DILANJUTKAN PERINTAH BERKURUNG



LAHAD DATU – Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Katanya, penguatkuasaan itu tetap membabitkan larangan bagi aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan menyelam di perairan enam daerah terbabit iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kanak, Semporna dan Tawau.

Ia dikuatkuasakan mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.

Perintah berkurung itu sebelum ini dilaksanakan selama dua minggu sejak 19 Julai lalu dan berakhir jam 6 pagi tadi

sumber;siakap

Sabtu, 2 Ogos 2014

RESPON INDONESIA JIKA ISRAEL SERANG MALAYSIA

Jiran sebelah Malaysia, Indonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet. Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia. Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel. Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar Indonesia tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama

Sumber:siakap