SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Khamis, 27 Mac 2014

USA DAN MALAYSIA DI BANJIRI WARGA ASING BUKTI MALAYSIA (NEGARA KAYA)

NEGARA YANG DI BANJIRI WARGA ASING ADALAH NEGARA KAYA

BAGI Carlos (bukan nama sebenar), kerja menyeludup manusia bukanlah suatu pekerjaan yang disukainya.

Malah, dia juga tahu perbuatan menyeludup manusia tidak baik. Tetapi Ecuador tidak menjanjikan masa depan dan dengan AS$8,000 (RM30,400) dia membantu mereka yang mendapatkan khidmatnya untuk mencari pekerjaan di Amerika Syarikat (AS).



''Yuran itu termasuklah untuk memberikan rasuah kepada kakitangan imigresen. Kami mendapatkan seorang rakyat Mexico untuk melakukannya,'' kata Carlos.

''Tidak ada orang yang boleh membawa anda masuk secara terus dari Amerika Selatan ke AS. Mula-mula anda perlu pergi ke Amerika Tengah dan di sana kami akan menyerahkan anda kepada orang kami di Mexico,'' katanya.

Carlos dan mereka yang melakukan pekerjaan menyeludup masuk para penduduk Amerika Latin menembusi kawasan sempadan AS yang dikawal rapi diberi jolokan ''anjing hutan''.

Carlos, yang lebih suka merahsiakan nama sebenarnya, menganggarkan bahawa 200 rakyat Ecuador diseludup masuk ke sempadan AS setiap minggu.

Penyeludupan itu ialah sebahagian kebanjiran manusia yang kian meningkat dari negara yang indah tetapi huru-hara ini, yang terletak di barat laut Amerika Selatan.

Penyeludupan manusia itu berlaku secara besar-besaran. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa 57,000 penduduk meninggalkan negara yang mempunyai 12 juta rakyat itu dalam tempoh tiga bulan tahun ini sahaja.

Daripada jumlah itu, 22,000 orang memilih untuk menuju ke Sepanyol manakala 18,000 lagi memilih AS.

Kebanyakan mereka, terutamanya yang menuju ke Sepanyol, memasuki negara itu dengan menggunakan visa pelancong dan kemudian mencari kerja secara haram, dengan berharap mendapatkan visa tetap selepas itu.

Sebahagian yang lain menyerahkan nasib mereka ke tangan manusia seperti Carlos untuk membawa mereka masuk ke AS.

''Saya sedih menjadi seorang penyeludup manusia. Ia bukan kerja baik tetapi saya merasa gembira apabila memikirkan bahawa saya menawarkan peluang yang lebih baik kepada orang-orang itu,'' katanya.

''Meninggalkan negara ini adalah satu-satunya pilihan mereka. Ecuador tidak mempunyai masa depan,'' katanya, sambil menghirup bir di sebuah bar di ibu kota Quito.

Carlos mengenakan yuran RM30,400 kepada para pelanggannya. Yuran tersebut boleh dianggap mahal kerana purata pendapatan bulanan minimum di Ecuador hanyalah AS$30 (RM114). Yuran tersebut digunakan untuk membayar rasuah, memalsukan dokumen, bayaran pengangkutan dan makanan.

''Kami memulakan perjalanan dari Quito atau Guayaquil. Kemudian anda akan menaiki pesawat ke Amerika Tengah untuk ke Honduras, Nicaragua atau Guatemala, bergantung kepada pemeriksaan di beberapa negara,'' jelas Carlos.

''Dari Amerika Tengah, anda akan ke Mexico dengan jalan laut dan kemudian melalui jalan darat selama dua hari untuk sampai ke sempadan AS,'' katanya.

Beberapa penyeludup manusia yang lain menempatkan para pelanggan mereka ke dalam bot-bot yang membawa pisang.

Tetapi kebanyakan mereka sering kali ditemui mati dalam keadaan dikelilingi buah-buahan dalam bekas yang telah disejukbekukan.

Keadaan di Ecuador, sejak beberapa tahun lalu tidak begitu baik. Negara itu biasanya tenang dan mempunyai pemandangan yang indah.

Sebanyak 70 peratus daripada negara itu adalah miskin dan mereka menjadi semakin miskin.

Ekonomi Ecuador menguncup lebih tujuh peratus pada 1999 akibat kejatuhan harga minyak. Ia juga mengalami kemusnahan infrastruktur akibat ribut kuat yang dicetuskan oleh fenomena El Nino.

Kongres yang rasuah dan asyik bercakaran bermakna kerajaan jarang sekali berupaya mengambil langkah-langkah yang bijak bagi memulihkan ekonomi.

Penduduk peribumi India telah mengadakan perarakan bantahan di Quito pada Januari lalu untuk membantah rancangan kerajaan menerima dolar AS sebagai mata wang negara. Mereka kemudian menggulingkan Presiden Jamil Mahuad dengan bantuan tentera.

Pada tahun lalu, mereka yang bernasib baik mempunyai akaun bank telah mendapati simpanan mereka dibekukan menerusi arahan kerajaan.

Dan jika semua itu masih belum mencukupi, gunung berapi Guagua Pichincha menambah lagi kesengsaraan menerusi ancaman satu letupan besar pada bila-bila masa.

Air mata mengalir setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Ecuador ketika para anggota keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang memilih untuk berhijrah dan meninggalkan Ecuador.

JADI KESIMPULANNYA NEGARA YANG DI BANJIRI WARGA ASING ADALAH NEGARA
DENGAN SUMBER PENDAPATAN SARA HIDUP,..




sumber: utusan,

Khamis, 20 Mac 2014

JAM MOTOROLA; MOTO 360




Tidak lama selepas Google telah diperkenalkan dengan Android Pakai versi yang sesuai untuk Android Wearables Generasi, Motorola memperkenalkan Moto 360









Bukan sahaja LG telah hari ini mengumumkan satu SmartWatch langsung baru dengan Android Pakai, Motorola juga mempunyai Moto 360 adalah model baru siap. Di sini, bagaimanapun, seseorang maklumat lanjut dan beberapa imej resolusi tinggi untuk kita.

 Di bawah terdapat gambar beberapa akhbar dan sebuah video, di sini graf lain bahawa Moto 360 baru dalam apa yang kebetulan pelik, 360 darjah menunjukkan pandangan. Kelihatan baik.



Jam akan datang pada musim panas 2014 di pasaran AS. Satu tarikh tertentu atau harga tetapi juga mempunyai Motorola bukan untuk kita. Walaupun model akhir menunjukkan di sini, dan juga perbuatan yang lebih seperti awal kick-off. Baik kelihatan model Motorola daripada tetapi. Jika di sini mahu kekal sehingga tarikh, anda boleh melanggan ke laman web Motorola dengan mel-alamatnya.

Rabu, 19 Mac 2014

10 Roket Paling Besar di Dunia



Roket merupakan wahana luar angkasa , peluru berpandu , atau kenderaan terbang yang mendapatkan dorongan melalui reaksi roket terhadap keluarnya secara cepat bahan fluida dari keluaran mesin roket . Roket ini juga mengandungi bahan bakar roket padat atau bahan bakar cair kimiawi yang saling bergabung untuk memberikan dorongan besar sehingga dapat melepaskan diri daripada graviti bumi hampir 11km/sec .

Roket tidak hanya digunakan untuk tujuan ketenteraan tetapi juga untuk ilmu pengetahuan , komunikasi d
an bahkan digunakan bagi manusia untuk mendarat di Bulan . kemajuan teknologi di berbagai belahan dunia begitu juga berbeza-beza saiz roket .


SATURN V

Saturn V merupakan roket terbesar di dunia dan paling bertenaga yang pernah dibina dalam sejarah umat manusia . Ini adalah roket yang membol

Selasa, 18 Mac 2014

DI EUROPE JIKA PESAWAT TERPUTUS TALIAN HARUS KEJAR GUNA JET PEJUANG

SEWAKTU MH370 HILANG ,HARUS KEJAR GUNA JET PEJUANG


Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) MH370 hilang pada Sabtu , 8 Mac lalu . Hingga kini kehadiran pesawat yang mengangkut 239 orang itu masih misteri .

Sejumlah pakar penerbangan terus menyoroti fakta bahawa pesawat Boeing 777 - 200ER tersebut masih terus terbang selama berjam - jam setelah hilang dari radar awam .

Menurut seorang bekas pilot Concorde , pesawat supersonik yang tak lagi beroperasi , keadaan ini sama sekali tidak dapat dibayangkan jika berlaku di negara - negara Eropah . Sebabnya , jet - jet pejuang tentera pasti sudah akan dikerahkan untuk mengejar pesawat tersebut .

" Di wilayah udara Eropah , jika sebuah pesawat putus komunikasi , sejumlah pesawat tentera pasti akan dihantar dengan sangat cepat untuk mengintersepsinya . Tak boleh dibayangkan hal itu terjadi di Eropah , juga di banyak tempat lain di dunia , " cetus bekas pilot tersebut , Jock Lowe kepada sky News seperti dilansir News.com.au , Selasa ( 18/3/2014 ) .

Sementara itu , wilayah operasi pencarian MAS MH370 diperluas setelah kerajaan Malaysia menyatakan bahawa dugaan adanya pembajakan di pesawat tersebut semakin mengukuh . Disebutkan bahawa isyarat pesawat dimatikan sebelum sang kopilot mengucapkan " All right , good night " .

Baik pilot maupun kopilot dalam kokpit tidak menjelaskan alasan matinya isyarat pesawat sebelum komunikasi terkini ke ATC itu . Hal ini mengukuhkan teori yang menyebutkan salah satu pilot sengaja mengalihkan laluan penerbangan pesawat .

Penemuan ini juga mengukuhkan dugaan alat penghantar isyarat pesawat atau transponder sengaja dimatikan oleh seseorang di dalam Boeing 777 - 200ER itu . Transponder itu menyiarkan isyarat radio dan satelit untuk menghantar data melalui ACARS .

 
jadi,kesimpulan saya,...jika syarikat penerbangan europa membuat satu bentuk tindakan mengejar pesawat yang terputus kawalan atau radar dengan jet pejuang? kenapa malaysia airlines tidak mengikuti jejak syarikat penerbangan europa,... itu saja saya boleh nyatakan di blog ini,...

Ahad, 16 Mac 2014

130 andaian BLOGGER MENGENAI MH370

130 ANDAIAN BLOGGER,..

Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 8 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.
Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.
Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-

Isnin, 10 Mac 2014

"MH 370" HANYA CARI DI VIETNAM,MUNGKIN MENDARAT DI GURUN PASIR (JIKA PENGGANAS)




setelah menununggu kabar berita tentang kehilangan pesawat boing MH 370 dalam beberapa hari,
dan sebarang giat usaha telah dilakukan masih betotal kosong. setelah menunggu saat demi saat hasil daripada beberapa negara yang terlibat dalam
misi mengesan dan mencari pesawat MH 370 belum ada titik permulaan untuk mendapaatkan pesawat tersebut,.


     Iringan doa untuk mangsa-mangsa terlibat tak putus putus tercurah dari segenap negara yang mengakses laman laman sosia
ketika ini,dan sangat terharu dan hiba rasanya bila mengenangkan nasib mereka,dan seakan terdetik soalan misteri apa sebenarnya yang berlaku,.
jika benar apa yang pernah berlaku di negara barat tentang kehilangan pesawat penumpang selama berdekat-dekat akibat dari 4 dimensi(black hole),dan akhirnya timbul di
brazil secara misteri,.. itu yang amat merunsingkan kita semua,apatah lagi keluarga-keluarga mangsa yang amat mengharapkan kepulangan mereka.


     dan jika peristiwa itu berulang kembali maka terbukti kebesaran allah swt,untuk menguji umatnya dan membuktikan kebesarannya untuk kita di alaf ini,.
dan walau bagaimana pun sekiranya ia berlaku,kita hanya mampu berdoa agar allah swt memberi jalan agar kita sebagai penghuni bumi yang tersergah ini diberi keajaiban.
saya pikir ada berbagai-bagai tafisiran media-media temapatan malaysia mahupun luar negara pada saat ini,dan saya pikir mereka semua berhak membuat tafsiran
kerana apa yang berlaku kehilangan pesawat MH 370 itu tidak meninggalkan kesan kecemasan contohnya,padahal kita sedia maklum bahawa sesebuah pesawat terbang semuanya
di lengkapi objek pengesan (kotak hitam) bila terjadi sesuatu kecelakaan contohnya,.
 
     
amat mustahil rasanya jika ia tidak dapat di kesan sedangkan pihak vietnam telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut kemungkinan besar
 terhempas diperairan negara tersebut. padahal dalam pengamatan saya atau penilaian saya,jika pesawat tersebut terhempas di perairan tersebut saya pikir
lautan itu masih dangkal untuk pesawat itu di kesan,dan kemungkinan usaha mencari sudah membuahkan hasil,dan ada juga tafsiran umum yang mengatakan kemungkinan pesawat
tersebut meletup di ruang udara,..mustahil kan?sebab bila terjadi letupan di ruang angksa maka hasil serpihan pesawat tersebut sudah di jumpai,
jadi di situlah timbulnya ruang luas tafsiran umum ketika ini.
 
 dan jikaitu yang bermain di pikiran umum saya juga seolah-olah bertanya dalam hati apakah ini satu bentuk misteri yang harus di teroka dalam pikiran masing masing?sedangkan hasil pencarian
sedikit pun belum ada penemuan hingga saat ini,. dan apakah pihak pihak negara yang terlibat dalam misi mecari harus terus mencari di tempat yang di beritakan negara vietnam?
jadi di sini saya ingin menulis kata hati dan juga tafsiran saya,mengapa saya harus percaya jika pesawat itu terhempas di lautan vietnam,? saya berpendat kemungkinan
pesawat itu tidak terhempas seperti yang di beritakan,bagaimana pula sekiranya pesawat itu di culik atau di jadikan tahanan oleh pengganas,. itu sebagai contoh,.
dan jika pihak fbi boleh berfikir seperti apa yang bermain dalam pikiran saya,sila research atau cari tempat tempat di seluruh dunia yang mempunyai daratan seperti gurun pasir
atau yang boleh mendaratkan sebuah pesawat pesawat boeing,.(jika anasir serangan pengganas) dan saya pikir,jika itu berlaku  kemungkinan senang untuk menjejaki
pesawat itu,. tapi di negara mana? haruskah mencari di asia barat,asia tengah atau pun di grenland daratan ice? apapun saya berdoa agar pihak misi mencari akan menemukan jalan penemuan
pesawat tersebut,semoga ahli ahli keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar,dan saya doakan semoga allah swt akan memberikan kita jawapan secepatnya,amien,....

 
dan apa yang saya tulis diatas bukan untuk mengelirukan,tapi sebagai jalan untuk pihak misi pencari
   membuat plan reseach yang terbaik,bukan hanya untuk menumpukan di satu tempat,tapi cari mangsa pesawat
tersebut hingga di pelosok pelosok pelosok dunia,,wassalam,...

Khamis, 6 Mac 2014

KOREA UTARA DAN PEMBANGKANG MALAYSIA

Korea News Agency (dipetik dari Berita Harian) melapurkan Presiden Korea Utara, Kim Jong Il melantik 6 orang dari kalangan inner circle nya sebagai Jeneral dalam Tentera Rakyat Korea Utara.  Termasuk di kalangan yang dinaikkan pangkat itu ialah anak ketiganya, Kim Jong Un dan adik perempuannya Kim Kyong Hui.



Perlantikan Kim Jong Un adalah petanda jelas bahawa tampuk pemerintahan Korea Utara pasca Kim Jong Il bakal diwarisi oleh anak lelaki ketiganya itu.  Perlantikan adik perempuannya pula ada kaitan dengan memastikan jaminan bahawa anak akan dilantik presiden jika Kim Jong Il meninggal dunia sementara menunggu anaknya bersedia untuk menjadi pemerintah Korea Utara yang baru.

Walaupun  Korea Utara secara harfiahnya bukanlah sebuah Negara dengan sistem monarki, tetapi pemimpin dan rakyat Negara tersebut boleh menerima sistem peralihan kuasa dari bapak ke anak ini.  Sekian lama rakyat Korea Utara telah di doktrin agar menghormati dan mentaati Presiden mereka lebih daripada Tuhan, maka itu mereka menerima saja apa bentuk keputusan yang dibuat pemimpin.

Rutin rakyat Korea Utara, bangun pagi sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu, sebelum tidur sembah gambar Kim Jong Il dan bapanya dahulu bahkan bila mata celik semula selepas sembuh dari katarak pun (National Geographic), yang pertama diucapkan terima kasih dan syukur adalah depan gambar Jong Il dan bapanya juga, begitulah taksubnya.

Di Malaysia, ditakuti kita juga sedang menuju kearah itu.  Hari ini semua penganut pembangkang didoktrin dan dididik untuk mentaati pemimpin lebih dari yang lain cuma mungkin belum ke tahap dewa hidup atau membina patung dari gangsa dan sebagainya.  Oleh itu, kejahilan ahli mereka ini diambil kesempatan oleh pemimpin parti pembangkang dengan menamakan kaum keluarga masing-masing sebagai Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden, calon ADUN, ahli Majlis dan sebagainya secara terus terang tanpa berselindung dari apa lagi.



Malah keberanian itu kini bukan terbatas setakat ahli keluarga saja, malah ada yang turut menamakan dan mengisytiharkan sokongan untuk pengikut yang paling taat setia (termasuk menyerahkan isteri sendiri untujk dilahap boss) ke jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang mereka wakili.

Jika beginilah halnya  ini kah masa depan Malaysia yang kita semua mahu wariskan kepada generasi anda akan datang?  Jangan kerana terlalu terikut emosi yang terhasil daripada propaganda pembangkang yang terlalu membenci kerajaan, maka anda menjerumuskan Negara anda kearah pemerintahan ala-ala totalitarian.

Berbeza dengan Korea Utara yang memang zaman berzaman telah terbiasa dengan pemerintahan cara totalitarian ini, kita disini tidak begitu.  Walaupun Perdana Menteri hari ini adalah anak kepada bekas Perdana Menteri kedua, ia adalah satu kebetulan kerana tidak tercatit mana-mana di dalam sejarah bahawa Allahyarham Tun Razak ada mewasiatkan agar anaknya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada satu hari nanti.  Pilihan itu masih lagi di tangan rakyat, rakyatlah yang mempunyai kuasa untuk memilih sesiapa saja sebagai pemimpin baik atas kapasiti sebagai ahli parti mahupun sebagai pengundi.  Malah Datuk Seri Najib sendiri pernah hampir ditewaskan dalam pilihanraya umum 1999 apabila hanya menang dengan majority 241 undi berhadapan dengan calon PAS di Pekan – bermaksud rakyat tidak terikat dengan legasi terdahulunya.

Oleh itu, ia menimbulkan persoalan, sampai bila corak pemerintahan totalitarian ini akan bertahan tanpa menimbulkan masalah kepada anda (jika pemimpin pembangkang ini diangkat menerajui negara).  Lihat Korea Utara hari ini, masalah kebuluran, kekurangan zat dan vitamin masih menghantui rakyatnya (sekadar menyebut beberapa) disebalik status Korea Utara sebagai sebuah Negara kuasa nuklear setaraf Amerika Syarikat dan Rusia.  Demokrasi hampir mati walaupun Korea Utara mempunyai sistem politik berparti.

Kepada rakyat Malaysia, sebelum anda menetapkan hati anda untuk mengundi parti-parti pembangkang utama di Malaysia ini, ingat-ingatkanlah nasib yang menerima rakyat Korea Utara dan apakah anda juga mahu memperjudikan nasib generasi muda sekarang (anak dan cucu cicit anda nanti) sama seperti rakyat Korea Utara.  Mungkin bukan kerana kebuluran atau kurang zat tapi atas sebab musibah yang lain pula.

Renung-renunglah…



SUMBER;adamyan,

Isnin, 3 Mac 2014

KETAHUI SEBELUM MELANCONG KE DHAKA BANGLADESH

Kali ini saya nak menulis mengenai rakyat dan prasarana negara bangladesh,,.
cuba bayangkan rakyat bangladesh yang ada di malaysia ini yang pelik-pelik,wah cukup terbuka mata menilai sifat tingkah laku mereka dan terpikir bagaimana agaknya kehidupan rukun seharian di tanah air mereka?
        bangladesh,mempunyai kepadatan rakyat yang tersenarai padatnya di antara beberapa negara yang mempunyai kepadatan rakyat terpadat di dunia seperti indonesia di bahagia jawa atau di daerah-darerah yg merangkumi ibu kota jakarta,. berbalik kepada kepada bangladesh,bangladesh adalah sebuah negara babilon,yang beribukota  di DHAKA,jumlah penghuni dhaka mengikut senarai banci negara itu terdapat lebih kurang 24 juta penghuni dan hanya untuk di dalam kota dhaka saja ika di bandingkan hampir sama dengan jumlah penduduk malaysia,.


       mungkin di antara anda tidak pernah ke negara yang unik ini kan? jadi saya nak share sedikit
kalau ingin bertandan ke negara tersebut,pastinya anda akan menaiki pengangkutan kapal terbang,dan apa yang pasti jika anda dalam penerbangan,anda akan terasa bingit dengan mereka-mereka ini,almaklum mereka ni berkomunikasi terlalu bising,tambah lagi dengan udara dalam kapal tu seolah-olah mempunyai bau yang hampir sama dengan bau mereka,.beruntung kalau ada pramugari comel yang lalu,dan bolehlah terhidu bau yang wangi,.
    dan apabila kapal terbang hampir sampai airport,pihak penerbangan tempatan mengarahkan agar cabin di semburkan sejenis cecair,. seakan banyak nyamuk,padahalal
dari segi geogerafik dhaka tu tidak ada hutan,.



   di dhaka hampir semua jenis pengangkutan terutamanya bus-bus sudah tertelan uzur,kemik,cat pudar dll,selagi boleh bergerak,selagi itulah mereka menggunakan walaupun funsinya untuk pengangkutan dalam kawasan bandar sekali pun,.. kereta taksi mereka pun nak kata cantek pun tidak jikan dibandinghkan di malaysia,taksi buruk di malaysia adalah taksi terbaik di sana,dan menunggu hari untuk roboh saja,.
   kalau anda dapat menjejakkan kaki ke sana saya pikir anda akan tercengang dengan kota metoropolitan mereka,kerana apa yang anda akan lihat adalah pengalaman mata yang menakjubkan atau bahkan anda akan tergelak,. kerana apa yang anda lihat di sana adalah suasana yang sibuk hingga anda akan menyaksikan beberapa jenis kenderaan yang pelik,ada juga jenis lori yang di ubah suai menjadi sebuah bus-bus mini untuk pengangkutan awam,dan materialnya kenderaan tersebut di perbuat dari buluh dan kayu kecuali tayar,.
 
 Bila malam, jalan lengang sediki dengan kereta, bas dan kenderaan besar, tetapi masih meriah dengan beca, tut-tut dan segala macam kenderaan yang kecil. Walaupun kecil, termasuk kenderaan yang ditarik menggunakan orang seperti di atas). Laju semuanya. Orang yang menarik kenderaan itu pula berkaki ayam. Bayangkanlah kalau berkaki ayam di atas jalan raya...tapak kakinya tentu dah tebal. Tak rasa sakit lagi.Yang banyak lalu lalang adalah tut-tut, beca dan kenderaan kecil yang lain memunggah barang-barang ke pasar. Kalau tengok sayur dan buah yang mereka angkut semua segar-segar.

KLIK VIDEO NI VERSI DEKSTOP>> SAYA DAN RAKAN BANGLADESH
untuk handphone mungkin ada kesulitan untuk melihat video di atas
tapi jangan risau anda boleh tengok video saya melalui link di bawah.,,
UNTUK VIDEO VERSI MOBILE BOLEH KLIK>>> VIDEO AZMAN DAN BANGLADESH













 
pusat beli bela di sana kalau nak masuk harus melalui depan security guard,dan harus menjalani ujian scan,seolah-olah anda berada di airport,semua barang berupa handbag haru di periksa terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam pusat membeli belah,. dan kalau anda bercuti ke sana seharusnya anda membawa seorang pekerja hotel sebagai juru tunjuk jalan-jalan yang ada di kota dhaka yang pelik,. dengan bertemankan seorang seorang pekerja hotel anda tak perlu risau,kerna warga bangladesh yang ada di sana sangat menitip beratkan tentang keselamatan pelancong yang berkunjung ke negara mereka,sehingga  mungkin anda akan merasa bosan mendengar perkataan berulang-ulang seperti ''have a problem, please call me...24 hour” huh! Dia punya motto tu diulang-ulang hingga anda mungkin akan menghafal perkataan itu. apapun jikaanda berkujung ke sana,mungkin anda akan mendapatkan pengalaman yang betul-betul adventure dan kelakar,.. sekian,...