CERITA HANGAT RAKYAT LAHAD DATU BUAT TAFSIRAN MENGENAI PENCEROBOH




ASSALAMU ALAIKUM WARRAHAMATULLAHI WABARAKATU.. DISINI SAYA INGIN MENCERITAKAN SEDIKIT CERITA MENGENAI APA YANG TERJADI  DI PERAIRAN SABAH UTAMANYA DI BAHAGIAN P188 SILAM LAHAD DATU DAN KAWASAN KAWASAN SEKITARNYA,APA YANG BERLAKU DI SINI BEGITU AMAT MENGELIRUKAN HATI SESETENGAH PENDUDUK BAHKAN MENIMBULKAN KERESAHAN DIHATI PENDUDUK DIMANA DENGAN KEMASUKAN ATAU PENCEROBOHAN YANG DI LAKUKAN OLEH PIHAK PENYOKONG KESULTANAN SULU YANG BERASAL DARI SELATAN FHILIPINE. DENGAN PENCEROBOHAN INI  RAMAI PENDUDUK YANG MEMBUAT TAFSIRAN MASING MASING ATAUPUN MEMBUAT SEBARANG ANDAIAN YANG MENGATAKAN BAHAWA LAHAD DATU DAN KAWASAN SEKITARNYA ATAU SELURUH SABAH ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN KEPULAUAN BORNEO,AKAN DI TUNTUT ATAU PUN SEDANG DALAM TUNTUTAN PENCEROBOH ITU,. DAN ADA JUGA YANG MENGATAKAN PENCEROBOH ITU ADALAH KUMPULAN PEMBERONTAK ABU SAYAF,TAPI PADA KEBENARANNYA PENCEROBOH ITU ADALAH ASKAR ASKAR GERILYA PENYOKONG KESUTANAN SULU,DAN SETELAH MENDENGAR KABAR BERITA DARI MEDIA TELEVISIEN,MAJALAH KERAJAAN DAN LAIN LAIN TERBUKTI SEDIKIT SEBANYAK MELEGAHKAN KERESAHAN SESETENGAH PENDUDUK ATAU SEMUA YANG BERADA DI PERAIRAN LAHAD DATU,KERANA SEKIRANYA PENCEROBOH ITU ADALAH KUMPULAN ABU SAYAF,MAKA KEMUNGKINAN BESAR KUMPULAN ITU AKAN MEMBUAT SATU KEKACAUAN APATAH LAGI MEREKA SUDAH PUN MEMASUKI PERAIRAN LAHAD DATU,. TAPI WALAU APA PUN PIHAK KERAJAAN TELAH MNGERAHKAN SEBAHAGIAN ASKAR ASKARNYA UNTUK MENGATASI AGAR TIDAK TIMBUL SEBARANG KEKACAUAN,DAN APA YANG SAYA DAPATI ASKAR KERAJAAN MALAYSIA AMAT PROFESIONAL DALAM MENGATASI DAN MEMBUAT SEBARANG PERUNDINGAN DENGAN PIHAK PEMBERONTAK AGAR MEMATUHI ARAHAN ARAHAN ASKAR KERAJAAN AGAR SEGERA MELETAKKAN SENJATA DAN MENYERAH DIRI,DAN BERUNDING DENGAN MEREKA ATAU MENCARI PUNCA TERJADINYA PENCEROBOHAN ITU BERLAKU,. TAPI APAKAH PENYELESAIANNYA SEDANGKAN SEJAK ASKAR MALAYSIA MENJEJAKI MEREKA,DAN PADA 12 FEBRUARI YANG BERLALU ASKAR TELAH PUN MENGEPUNG MEREKA DAN MEMBUAT BEBERAPA RUNDINGAN YANG TELAH DI BUAT,TAPI HINGGA KE SAAT INI PIHAK KERAJAAN MASIH LAGI MENYIARKAN BERITA YANG MENGATAKAN ''pihak kerajaan dalam proses penghantaran kenegara mereka" DISINI TIMBUL TANDA TANYA,KERANA DI HATI RAKYAT KETIKA INI HANYA MEMBUAT TAFSIRAN YANG KEPULAUAN INI AKAN DI TUNTUT OLEH MEREKA,DAN BERTEPATAN DENGAN ITU PIHAK KERAJAAN JUGA ADA MENGELUARKAN BERITA YANG MEREKA ITU DATANG BERBUAHKAN SEBUAH TUNTUTAN UNTUK SABAH DARI KESULTANAN SULU,. JADI APAKAH PENYELESAIANNYA SEKIRANYA BETUL DENGAN APA YANG DIKATAKAN OLEH MEDIA MEDIA KERAJAAN,. DIMANAKAH SABAH KETIKA INI DAN DIMANAKAH RAKYAT SABAH KETIKA INI. APAKAH SENARIO YANG BERMAIN DALAM PERANAN KERAJAAN MENGATASI PERMASALAHAN INI,KERANA PIHAK PENCEROBOH PADA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM KEPUNGAN ASKAR KERAJAAN MALAYSIA,SEKIRANYA PENCEROBOH ITU SUADAH PUN DI HANTAR KE NEGARA MEREKA KEMUNGKINAN BESAR RAKYAT DI SABAH AKAN BERPUAS HATI DAN MELEPASKAN SEMUA KERESAHAN MASING MASING,AKAN TETAPI SELAGI PENCEROBOH ITU MASIH LAGI PERAIRAN SABAH BERMAKNA PENCEROBOH ITU SEBENARNYA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KERAJAAN MALAYSIA,KERANA KEDATANGAN MEREKA TIDAK MEMBUAHKAN HASIL SEPERTI YANG MEREKA HAJATI SEMBELUM MEREKA MENCEROBOH KENEGARA INI,DAN BENARKAH ANDAIAN RAKYAT SABAH YANG KEPULAUAN BORNEO INI AKAN DIMILIKI OLEH MEREKA,. SEDANGKAN BUKAN KAH SABAH INI ADALAH NEGARA MERDEKA HASIL DARIPADA SEMENANJUNG MALAYSIA, DAN BENARKAH KESULTANAN SULU BERHAK MENGATAKAN SABAH INI ADALAH MILIK MEREKA.JIKA ITU BENAR,SELAMATKAH RAKYAT DI SABAH UNTUK MENERUSKAN HARI HARI DIBUMI YANG SUDAH MERDEKA DALAM BEBERAPA DEKAD YANG LALU,.... TAPI KESIMPULAN SAYA ATAU SEDIKIT TAFSIRAN PRIBADI SAYA,ADAKAH MEREKA BERHAK SEDANGKAN MEREKA SEPATUTNYA TAHU PROSEDIA PROSEDIA SESUATU NEGARA JIKA INGIN MENGEMUKAKAN SESUATU PERKARA YANG HARUS DI AMBIL,CONTOHNYA JIKA MEREKA INGIN MENUNTUT WILAYAH YANG MEREKA RASA WILAYAH MEREKA TIDAK KAH MEREKA HARUS BERPIKIR HARUS MELALUI PERUNDINGAN MEJA BULAT ATAU BERUNDING SECARA AMAN,MALAH SEBALIKNYA MEREKA MASUK SECARA HARAM,DAN BERBEKALKAN SENJATA API,INI KAH NAMANYA PERUNDINGAN,.. JIKA INI BERLAKU DI NEGARA NEGARA LAIN KEMUNGKINAN NEGARA YANG DICEREBOH TELAH PUN MEMBUAT SERANGAN DAN MENAWAN MEREKA,DENGAN RINGKASNYA TERJADI PERTUMPAHAN DARAH,TAPI SEBALIKNYA KERAJAAN MALAYSIA BEGITU  TEGAS,PROFESIONAL DAN MEMBUAT PERUNDINGAN SECARA AMAN DI TEMPAT MEREKA DI KEPUNG,TAPI DI SINI TIMBUL TANDA TANYA APABILA KERAJAAN MALAYSIA SEKALI LAGI MENGELUARKAN BERITA MELALUI MEDIA SWASTA ATAU KERAJAAN BAHAWA  PENCEROBOH YANG MASUK DIPERAIRAN INI BUKAN PIHAK MILITAN ATAUPUN PIHAK PENYOKONG KESULTANAN SULU SEPERTI BERITA YANG DKELUARKAN BEBERAPA HARI YANG LALU,DISINI MENAMBAHKAN KERESAHAN RAKYAT. JIKA BENAR APA YANG DIKATAKAN KERAJAAN MALAYSIA,MAKA PENCEROBOH ITU DATANGNYA DARI PIHAK MANA,DAN APAKAH TUJUAN MEREKA,KALAU IANYA PEMBERONTAK BIASA BIASA KENAPA HARUS MENAHAN DAN MEMBUAT PERUNDINGAN BEGITU LAMA,TIDAK KAH PIHAK KERAJAAN TAHU APA YANG HARUS DILAKUKAN. TAMBAHAN LAGI HINGGA SEKARANG INI HELIKOPTER DAN PESAWAT PEJUANG MALAYSIA BERULANG ALIK DI RUANG UDARA PERAIRAN LAHAD DATU BANDAR DAN SEKITARNYA,. MAKA DISINILAH BERTAMBAHNYA  TAFSIRAN YANG MENGGUSARKAN SESETENGAH RAKYAT DI PERAIRAN LAHAD DATU,KERNA PIHAK KERAJAAN SUDAH BEBERAPA HARI MENGELUARKAN BERITA YANG KEPULAUAN INI SELAMAT TAPI PADA HAKIKATNYA ASKAR ASKAR MAKIN BERTAMBAH SIBUK BERTUKAR ALIH KE POS POS DIBAWAH JAGAAN MEREKA,. APAKAH BETUL TAFSIRAN RAKYAT YANG DI PERKATAKAN MEREKA DALAM BEBERAPA HARI INI,.. ATAU HARUSKAH RAKYAT MENERIMA HAKIKAT YANG SESETENGAH PERKARA ATAU URUSAN KERAJAAN YANG TIDAK BOLEH DI WAR WARKAN ATAU DI MAKLUMKAN KEPADA RAKYAT,.. JIKA ITU BENAR,SAYA PIKIR SEMUA RAKYAT LAHAD DATU ATAU MALAYSIA KESELURUHANNYA HARUS AKUR APA APA KEPUTUSAN KERAJAAN MALAYSIA,. KERNA SAYA PIKIR KERAJAAN MALAYSIA MAMPU MENGATASI APA YANG BERLAKU KETIKA INI,. CUMA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ATAU BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA YANG MENGHUNI BUMI BORNEO INI,JANGANLAH TERLALU MEMBUAT TAFSIRAN YANG BUKAN BUKAN,MALAH SEBALIKNYA KITA MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA AGAR KEKAL SEPERTI MANA HARI HARI SEBELUMNYA,. INSYALLAH,. SAYA MENULIS MENGENAI KEADAAN LAHAD DATU KETIKA INI BUKAN  BERMOTIF CERITA KOSONG ATAU MENCERITAKAN CERITA YANG KARUT,TAPI SEMUA BAHAN CERITA INI ADALAH HASIL DARI PETIKAN CERITA CERITA HANGAT PENGHUNI LAHAD DATU DI LORONG LORONG BANGUNAN,BANDAR,KAMPUNG,TEMPAT KERJA,DAN JUGA MEDIA MEDIA AKHBAR,TELEVISIEN,RADIO.. DAN SAYA HARAP BAGI YANG MEMBACA BLOG SAYA INI,MARILAH KITA MENDOAKAN AGAR TIDAK TERJADI APA APA DENGAN MALAYSIA UTAMANYA PERAIRAN SABAH INI KETIKA INI,.. aminn,... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan