SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Sabtu, 5 September 2015

KANAK KANAK YANG KURANG TIDUR,AKAN LEBIH TERGODA DENGAN MAKANAN RINGAN

Anak-anak yang tidak mendapat cukup tidur, berdasarkan sebuah kajian baru, mungkin akan lebih tergoda oleh makanan ringan kegemaran mereka.
Menurut laporan para penyelidik dalam International Journal of Obesity, anak lima tahun yang tidur kurang dari 11 jam setiap malam dilaporkan lebih bersemangat makan semasa melihat atau mengingat makanan ringan kegemaran mereka, berbanding dengan anak yang tidur lebih lama.
Anak-anak yang tidur kurang dari 11 jam di malam hari juga mempunyai indeks masa tubuh (ukuran berat yang dibandingkan dengan tinggi badan) lebih tinggi, berbanding dengan kanak-kanak yang tidur selama 11 jam atau lebih.
"Ini tentu merupakan kebimbangan. Memandangkan kita hidup dalam persekitaran moden yang 'obesogenic' (cenderung mengakibatkan obesiti), di mana makanan lazat berkalori tinggi didapati secara meluas dan

BESENAM PERPANJANG UMUR 7 TAHUN

Siapa yang tak ingin panjang umur, sihat bugar dengan cara yang mudah dan sederhana? Cara berikut tampaknya boleh dicuba oleh semua orang. Yakni dengan cukup berjalan kaki 20-25 minit per hari.
Para ahli menyebut hanya dengan berjalan kurang dari satu jam itu, jika dilakukan dengan rutin boleh memanjangkan umur hingga tujuh tahun. Dengan rutin berjalan kaki setiap hari orang akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung, terutamanya pada mereka yang berusia 50 atau 60 tahunan.
Di Inggeris penyakit jantung jadi pembunuh terbesar. Kematian akibat penyakit ini berlaku setiap

WANITA AKAN LEBIH ROMANTIK DI SAAT KENYANG DAN MENDAPATKAN MAKANAN YANG ENAK

Sudah ribuan alasan mengapa makanan adalah segalanya untuk anda. Dan sekarang ini, para saintis telah menemui manfaat besar dari makanan. Manfaat ini khususnya diperuntukkan untuk kelangsungan hubungan anda dan lawan jenis.

Mengutip Womansday, dalam sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini, makanan bermanfaat untuk menarik perhatian perempuan. Dalam kajian yang dimuatkan dalam jurnal Appetite, penyelidik mendapati adanya korelasi erat antara nafsu makan perempuan dan romantisme.

Penyelidik melihat reaksi otak pada perempuan berusia 20 tahunan yang kelaparan. Mereka diminta untuk tidak makan selama lapan jam sebelum percubaan. Selepas itu, peserta diperlihatkan gambar-gambar romantik, sebagai contoh gambar orang yang berpegangan tangan. Sementara itu, aktiviti otak mereka diperhatikan.

Selepas mereka diberi makanan dan minuman pengganti cecair. Kemudian mereka diminta untuk melihat gambar yang sama sekali lagi. Dengan perut penuh, otak mereka diimbas lagi.

Hasilnya, kajian menunjukkan bahawa perempuan jauh lebih terbuka untuk hubungan percintaan dan romantisme saat mereka kenyang. Hal ini didapatkan berkat hasil scan otaknya. Dengan kata lain, seorang perempuan akan jadi lebih romantik dan ingin bercinta dengan mood yang baik setelah dia makan makanan yang enak.

"Mereka (perempuan) jadi lebih responsif terhadap isyarat yang romantik," kata penulis kajian, Alice Ely.

"Kalau masa lapar, perempuan boleh cemas, kesal dan mudah marah, tapi saat pernah puas dengan makanan, maka boleh jadi romantik."